Khamis, Disember 19, 2013

GOPENG ADVENTURES 7-8 DIS 2014



1. Caving at Gua Tempurung. Jangan pergi waktu musim hujan. Kami tak dapat lalui pakej air. Pakej laluan air yang menariknya.


2. Tubing. Sangat seru bila hanyut dalam tube berbekal helmet dan life jacket. Tali rapia diikat pada badan dan pelampung agar pelampung tak hanyut jauh bila terbalik.

3. Jangan ambil mudah dengan air sungai walaupun dalamnya paras lutut. Kederasan air menghalang aku dari berdiri dengan stabil. Aku cuba berdiri tapi gagal, lantas dive tube. Dalam keadaan meniarap tulang kering sagat batu. Itu dia makan dia.

4. Waktu Tubing, salah seorang dari kami terputus tali pelampung dan dia bergayut pada dahan pokok. Tapi berjaya diselamatkan.


5. White Water Rafting juga seru. Berkayuh menuruni jeram. Terbalik sekali tanpa sengaja. Fun. Seorang instructor mat salleh bernama Dallas, terjun dengan kaki ayam untuk membebaskan raft dari sangkut di batu. Ibu jari kakinya patah. Terpaksa hantar ke hospital.


6. Naik lori 2 tan ke dari hostel ke lokasi caving, tubing dan rafting juga satu petualangan. Berdiri mengelak dahan2 pokok.

7. All in all, pengalaman yang seru. Mahu ulang lagi di sungai lain pula. Jika mahu adventures di Gopeng, google syarikat Radak Adventures.

8. Berita sedih: SDcard GoPro corrupted ketika memindahkan data ke laptop. Aku cuba recover data, dapat sikit je. Mov masih belum boleh dibaca. Aku hantar kedai di Danga City Mall dan dia caj RM50 kalau berjaya recover. Tunggu results ni.

Isnin, Disember 16, 2013

JOHOR SKETCHERS AT PETIT OUTDOOR



Johor Sketchers mengakhiri tahun 2013 dengan menyahut jemputan untuk melukis di Petit Climbing Gym. Perfect! Melukis dan memanjat dalam satu hari.

Banyak pencapaian dalam 6 bulan Johor Sketchers. Kami melukis 2-3 kali dalam sebulan. Dapat jemputan untuk melukis di lokasi sambil makan2. Pontian, Batu Pahat dan Plentong contohnya.

Kawan-kawa bertambah ramai. Ahli datang dan pergi tetapi yang regular ada 9-10 orang. Johor Sketchers membawa saya ke lokasi yang saya tidak pernah pergi. Bertemu dengan kawan-kawan baharu. Juga, melihat lokasi lama dengan sepasang mata baharu.

Akan Datang, 2014:
1. Sketchbook Show
2. Mural Painting
3. Sungai Melayu Sketch Sail

Rabu, November 13, 2013

RINJANI 20-26 DISEMBER

Tentatif Terkini Rundown Rinjani 2013
Jumaat 20 Dec 2013
- 8.30 malam - berkumpul di Taman Tun Aminah – 8.30 malam
- 9.30 mlm - menaiki bas ke LCCT
- 1.30 pagi – tiba di LCCT
- melepak di LCCT

Sabtu 21 Dec 2013
- 6.30 pagi – check in
- 8.35 pagi - berlepas ke Lombok
- 11.45 pagi – tiba di Lombok
- gerak ke sembalun ( 3 jam )
- bermalam di sembalun

Ahad 22 Dec 2013
- daftar di Kantor Taman Nasional Gunung Rinjani
- trekking ke pos 3 Padabalong ( 4-5jam )
- bergerak ke pos 4 Bukit Plawangan ( 4-5jam )
- berkhemah

Isnin 23 Dec 2013
- subuh gerak ke Puncak Rinjani
- gerak ke pos Segera Anak ( 4-5 jam )
- memancing
- mandi air panas
- berkhemah

Selasa 24 Dec 2013
- bergerak melalui Jalur Senaru
- mandi air terjun
- lepak di Gua Susu
- daftar keluar di Kantor Taman Nasional Gunung Rinjani
- bersihkan diri
- bergerak ke Mataram, Lombok ( 3 jam )
- check in hotel di Pantai Sengigi

Rabu 25 Dec 2013
- upacara rehat dan jalan jalan di Mataram, Lombok ( bebas )

Khamis 26 Dec 2013
- 9.00 pagi – check out hotel
- 10.00 pagi – check in
- 12.15 tgh hari – berlepas pulang
- 3.25 petang – tiba di Tanah Air Tercinta
- 8.30 mlm – menaiki bas pulang ke Johor Bahru


.........

Barang-Barang yang Perlu Dibawa Untuk Trekking
1- Rain Coat
2- Topi ( Sbb kat savannah matahari terik )
3- Baju Trekking sepasang
4- Spare 1 pasang baju trekking ( optional )
5- Baju tido
6- Baju sejuk
7- Stokin 3 pasang
8- Baju mandi
9- Tuala
10- Wipe Tisu
11- Headlamp
12-Sliper
13-Ubat-ubatan personal
14-snow cap
15- Windbreaker
16- Kasut trekking
17- botol air yg secukupnya
18- cekedis
19- bawa makanan sampingan ( optional )

20 - Lipgloss
21 - gloves
22 - Kain Pelikat
23 - Sunblock
24- Prepare GoPro + caj batt + SD card ready
25 - Print Flight Boarding Pass 

Khamis, November 07, 2013

SUNGAI PELEPAH BUKIT SISEK 4 NOVEMBER 2013



1. Team: All the mon-mons, Tini, Sarahmon, Sabrinamon dan Afimon. Ini adalah kali pertama satu keluarga dapat masuk hutan dengan kekuatan lengkap. Mamat (Guide), Mijer (Pengurus, Chef), Yan (Bisnes partner Mijer),  Mira, M Hey Summer, Biha Beeha.

2. Sengai Pelepah adalah sungai yang mengalir di Bukit Sisek. Sebelum ni aku fikir nak pergi Sungai Pelepah dulu, kemudian baru pergi Sisek. Rupanya tempat yang sama.

3. Ini adalah ekspedisi paling licin. Kasut khas hiking sungai atau kasut kayak paling sesuai. Menyusuri sungai akan membuat kerikil masuk dalam kasut. Aku pakai sandal hiking. Pun, kerikil masuk bawah bawah tapak kaki.

4. Alam semulajadi dengan 3 air terjun besar memuaskan. Pulak tu dapat mandi sungai. Terjun-terjun.

5. Dalam perjalanan pulang hujan turun. Kami risau akan kepala air. Agak tergesa-gesa keluar dari hutan.

6. Mijer menyediakan masakan BBQ ayam marinated dan kentang bakar. Ayam tu dah direbus untuk mengelakkan ia rosak tanpa peti ais. Oleh kerana hujan dan kayu basah, ambil 1 jam juga cuba hidupkan api. Ingatkan nak shototing "Mudahnya memasak bersama Mijer tapi jadinya Seksanya memasak bersama Mijer." Sementara tunggu ayam masak, aku buat sketching.

7. Boleh ulang Bkt Sisek kerana lokasinya cuma 1 jam dari rumah, Parking mudah. Seronok main air. Lepas ni siapa datang JB, aku tak bawa pergi tempat makan. Tapi aku bawa masuk hutan.

8. Dalam perjalanan balik, aku jadi sweeper. Orang paling akhir. Pastikan no one left behind. Tiba-tiba 2-3 orang yang di hadapan lari ke belakang. Dari jauh kelihatan kelibat haiwan. Mungkin babi. Mungkin anjing. Aku tak lari, aku ada kayu sedia nak hayun. Kalau aku lari apa jadi pada budak2? So aku siap. Anjing tu sebenarnya takut dengan kami juga, terus patah lari. Rasa macam hero sekejap sebab orang lari, aku tak lari.

BUKIT TABUR WEST 27 OKT 2013


1. Team: Bart (Guide), Sab, Lydia, Jasdy, Naga, Tini. Naga paling lemah kerana kali terakhir dia daki gunung 15 tahun dahulu. Pulak tu memakai kasut yang salah. Kasut dia licin. Pun begitu ahli-ahli sabar bagai menatang minyak yang penuh. Aku okay je, tunggu dia jalan perlahan. Aku rasa amat kuat bila ada orang amat lemah. Hi hi hi.

2. Tabur adalah pendakian paling mudah perjalanan ke kaki bukit. Ia terletak di pingir bandar. Melawati Selangor. Pun begitu, ianya paling menakutkan kerana muka buminya terdiri dari batu kuarza peroi dan tebing yang tinggi.

3. Paling rewarding adalah meniti rabung bukit ini dan pemandangan ke arah empangan Klang. KIta nampak beza sebelah rabung bandar dan sebelah lagi, sekitar hutan dan air.

4. Parking selepas jam 7.30am sangat susah.

5. Kami ambil masa 5 jam untuk ekspedisi ini. Orang biasa buat 3 jam je.

6. Habis mendaki kami pekena cendol bakar di MRR2 menuju ke Gombak.

7. Inilah padah lambat menulis. Butiran2 penting luput dari hati dan minda.

TEMUBUAL UTK SATU PORTAL WEB


Tujuan portal ini dibina hanyalah bertujuan untuk berkongsi dengan orang ramai apakah perkakasan/perisian yang digunakan oleh anda!

1. Perkenalkan diri anda dan apa yang anda lakukan?

Hi, saya Tok Rimau. Saya gemar bikin video kembara ke dalam hutan. Tujuan utama video itu adalah memberi gambaran bentuk muka bumi, flora dan fauna lokasi kepada peneroka dan pendaki lain yang belum pernah ke sana.

Ini url playlist video kembara saya: 
http://www.youtube.com/playlist?list=PLSLO-Dk_DopyaG9PBRZXFI2Ne7FP_f4J3

2. Apakah perkakasan yang anda gunakan?

Dalam pendakian pertama saya, saya rakam video guna iPhone sahaja. Saya dapati hasilnya kurang memuaskan bila muat naik ke Youtube. Kemudian, saya guna kamera GoPro 3 Black Edition HD yang dilekat kepada tongkat kayu atau tongkat pendaki. Kadang-kadang saya pegang dengan tangan sahaja. Ini semua bergantung kepada permukaan pendakian. Contohnya: Dalam keadaan kedua-dua tangan diperlukan untuk menyokong pendakian, kamera perlu dilekatkan di badan

Saya guna GoPro kerana ianya kecil, lasak dan kualiti HDnya sangat memuaskan. Saiznya memudahkan pendakian. Lebih teruja, kerana ia boleh juga shoot dalam air.

3. Bagaimana pula dengan perisian yang sering digunakan?

Saya mula menyunting dengan iMovie di iPad, tetapi sekarang saya mula menyunting dalam laptop dengan GoPro Cine Studio yang boleh dimuat turun percuma dari laman rasmi GoPro. Saya capture dalam resolusi tertinggi tetapi export dalam resolusi sesuai untuk youtube. Semua video-video itu ada dalam youtube. Boleh nampak proses pembelajaran saya dalam penggunaan kamera dan suntingan dengan melihat video-video itu.  

4.  Apakah perkakasan/perisian impian anda?

Saya mengharapkan assesori tambahan untuk GoPro seperti microphone untuk saya capture audio dengan baik. Saya juga mahu lampu tambahan agar saya boleh shoot kembara malam dalam hutan. Dan juga sebuah helikopter drone untuk shooting dari udara. Banyak permintaan saya. :-)

Apa yang penting pekakasan ini perlu ringan dan mudah dibawa.

Untuk pasca-produksi, saya mahu satu komputer MacBookPro dengan perisian penyuntingan FinalCut pro dan After Effect.

Dengan semua ini, video saya akan lebih baik.

Khamis, Oktober 10, 2013

PERSIAPAN KE KINABALU: TIPS

Hartini Darsono: Persiapan mendaki gunung Kinabalu saya bukan setakat material tetapi mental dan fizikal juga. 1. Mental : Saya pastikan mental saya bersedia menghadapi cabaran sepanjang pendakian gunung Kinabalu. Selain itu semangat boleh menawan puncak gunung tersebut juga saya tanamkan agar tidak berhenti sekerat jalan, kecuali keadaan tidak mengizinkan. 2. Fizikal : Latihan mingguan di samping latihan sukan dan larian hujung minggu untuk pastikan saya fit semasa pendakian. 3. Material: Kasut hiking dan beg saiz sederhana jenama karrimor baru dibeli dan ada lagi senarai yang harus diperolehi. Mohon bagi yang telah berpengalaman mendaki di gunung Kinabalu agar dapat berkongsi keperluan yang perlu di bawa.

  Abdul Hamid Abdul Rahman Salam. Saya akan membawa 2 beg untuk ke program UTMHAKQ 2013. Satu beg galas berkapasiti 70 liter untuk diisi kesemua keperluan program dan 1 satu lagi beg galas berkapasti 30 liter untuk dibawa naik ke puncak Kinabalu yang akan diisi dengan keperluan di Laban Rata dan puncak. Beg 30 liter ini juga akan saya jadikan hand luggage menaiki pesawat. Buat masa ini peralatan yang sudah ada termasuk jaket (second-hand -pemberian), kasut hiking (bundle), sarung tangan kalis air (lama), face-mask, ponco ringan, seluar hujan ringan, headlamp, tongkat aluminium, bladder dan stainless steel thermos (isi kopi panas sebagai minuman kejayaan di puncak). Yang lain-lain akan beli baru atau bundle ikut keberadaan stok.beli dan bawa barangan yang betul-betul perlu sahaja. jangan nanti beg ke puncak berat berisi barang-barang yang tidak diperlukan dan lebih teruk lagi terpaksa mengupah porter untuk memikul oleh kerana berat dan kepenatan

KINABALU, SABAH 1-4 OKT 2013

1. Tuhan sayang sama kita. Perjalanan kita ke Kinabalu dipermudahkan. Apa yang pali ketara adalah cuaca yang baik. Dua tiga hari sebelum kita sampai, hujan turun. Pada hari kita mendaki cuaca cerah dan berangin. Sehari selepas kita pulang hujan turun dengan lebat sehingga pendakian ke puncak tidak dibenarkan. Saya memantau instagram dengan #Kinabalu , melihat muka-muka hampa pendaki membuat saya jatuh simpati. Kita merancang, Tuhan yang menentukan. Syukur dengan rezeki yang Allah beri.

2. Sepanjang perjalanan mendaki dan menurun, kita bertemu dengan ramai orang. Saya suka melihat kawan-kawan yang bertegur sapa dengan pendaki asing dan juga orang tempatan. Suasana mesra ini biasa kita lihat di kalangan pendaki. Di Universiti, ada pelajar Tunisia yang mengeluh mengatakan orang Malaysia tidak mesra, dingin. Alangkah baiknya kalau kita dapat bawa budaya mesra pendaki kepada staf dan pelajar. Saying salam, hi and hello to strangers should be our culture.

 3. Porter adalah wira yang tidak didendang. Dalam banyak masa, mereka menemani pendaki dalam diam. Mereka cuma buka mulut, bila perlu atau bila ditanya sahaja. Saya dapat tahu, porter di Kinabalu ada persatuan mereka sendiri bagi menentukan harga upah dan menjaga kebajikan mereka. Ada di antara mereka agak muda dan patut berada di sekolah. Ada di antara mereka kelihatan agak tua, patut berada di rumah. Tetapi siapalah kita untuk menghukum. Kita tidak tahu sejarah hidup mereka dan apa yang mereka lalui. Mereka perlukan upah itu. Rasa agak bertuah, kita mampu menyumbang kepada ekonomi tempatan dan mereka boleh bawa pulang wang untuk rezeki anak-anak di rumah. Jika ditakdirkan kita mendaki di lain tempat di mana sistem porternya tidak terurus, bersikap adillah kepada mereka. Beri mereka upah harga patut bagi kerja yang mereka jalankan.


 From Kinabalu park, 6 hour climb to Laban Rata. Sleep. Woke up at 2am to reach the summit at sunrise. 3 hour climb with a headlamp to the summit. This video is only about the summit. Later, I'll edit the whole journey up.
 

  CATATAN PENDAKI
Hatta Mhs Pengalaman yang ditimba dalam HAKQ2013 (1) kepayahan hidup. Dapat diperhatikan tugas porter mengangkut barang demi menyara hidup dan tugas ini dipikul ke beberapa generasi. Mereka amat kuat dan tidak lokek memberi tip pendakian yang betul. Sebagai peserta, saya membawa beban sendiri dan selami kepayahan mereka. Memang hidup ini bukan untuk santai dan kita perlu bertarung/berusaha untuk mencapai apa yang diingini. Latihan pendakian 5 gunung di Semenanjung Malaysia dan setiap Rabu yang diikuti amat berkesan untuk membina keyakinan dan kecergasan diri. Pendakian Kinabalu tidak memenatkan dan alhamdulilah menjadi orang ke-5 sampai ke Laban Rata dan orang ke-3 di Low’s Peak. (2) kuasa ciptaan Allah. Sepanjang perjalanan dapat diperhatikan kehidupan flora dan fauna yang cantik, panorama yang indah, udara yang nyaman, kehijauan tumbuhan alam, gunung ganang berbatu dan pelbagai lagi kebesaran Maha Pencipta. Keindahan ini perlu dipelihara untuk kekal dinikmati generasi yang akan datang. (3) jaringan kemanusiaan dan semangat kerjasama. Saya bertugas di UTM bermula Januari 2010 dan dipindahkan ke UTMFaces sepenuh masa sejak Julai 2011 hingga kini. Dengan menyertai HAKQ2013 saya dapat kembali ke kampus dan bertemu kawan-kawan yang lain. Jaringan ini memudahkan urusan kerja. Dalam mana-mana aktiviti pendakian, semangat kerjasama memang jelas dapat dilihat. Kita tidak boleh mementingkan diri sendiri. Semangat kesetiakawanan sentiasa perlu ada kerana dalam situasi pekerjaan kita saling memerlukan untuk sesuatu tugasan. (4) peralatan. Mengingatkan diri sendiri untuk mencari sarung tangan jenis fleece sebagai tambahan sarung tangan kulit yang digunakan. Kedinginan amat terasa dicelah jari pada pendakian awal pagi. Alternatifnya terpaksa sentiasa gerakkan jari atau masukkan tangan di kocek windbreaker. Peralatan lain yang agak penting ialah kamera. Bergantung kepada kamera telefon bimbit sahaja tidak memadai kerana dalam kedinginan ia mula meragam. Kasut tiada masalah, amat selesa pendakian naik dan turun gunung.

  Zulkifli Ahmad Setelah beberapa minit pendakian ke puncak bermula sekitar jam 2:30 pagi, simptom-simptom 'AMS' hadir. Rasa mual, loya dan pening dan nafas tidak teratur. Ditambah pula rasa stress akibat lampu 'headlamp' yang bermasalah. Tak boleh difokuskan pada satu arah sebab skru longgar. Sebelum bergerak dan dekat 5 kali check, ok aja. Time nk guna, time tu le meragam. Ambil keputusan berhenti dalam dalam 2 minit. Kawal pernafasan, sedut udara dalam-dalam & Alhamdulillah semuanya hilang. Set dalam minda semuanya ni dugaan dan dalam perjalanan pendakian mulut tak henti2 berzikir dan berdoa moga dipermudahkan segalanya. Kaedah setiap 15 langkah berhenti dan ambil nafas dalam kiraan 10 dipraktikkan. Kaedah tersebut betul-betul berkesan dan akhirnya sampai juga ke puncak pada sekitar jam 5:20pg bersama En. Beni & En. Amyrudin. Suhu dipuncak pada masa itu amat sejuk hinggakan jari-jari rasa seperti dicucuk-cucuk. Salah satu sebab kerana tangan/jari berpeluh semasa pendakian. Air peluh tersebut bertukar menjadi sejuk yang amat sangat. Terus solat subuh sementara menunggu matahari terbit. Seterusnya terus mendaki untuk menyentuh 'papan tanda' puncak Kinabalu....Walaupun terpaksa menunggu giliran dan bersesak-sesak, akhirnya tercapai juga impian menawan puncak kinabalu sekitar jam 6:00pg...Bersyukur diberi kesempatan menikmati.

  Sabun LukisanOtak terima kasih kepada rakan2 Ruziah Rahman(tukang picit) Suhaimi Amy(peneman) Azizul Azman(bawakan beg) Kerapu Kering(peneman&pembawa beg) hafiz HCD(pembawa kamera) dan rakan2 yang lain yang banyak membantu semasa ketidak sihatan sy...tanpa anda semua mungkin saya berjalan umpama zombi menuruni gunung kinabalu. Dalam kegelapan pagi yang hening... hanya disirami cahaya yang keluar dari dahi para pendaki2... satu persatu anak tangga di daki... melewati seorang pendaki yang sedang tunduk di tepi tangga... tiba2 haruman yang dikeluarkan ketika melintasi Mohd Subha Salleh ada lah sisa perut beliau.. bermula dr itu laa episod mual, pening, loya, dan yang paling teruk sisa perut ku keluarkan... 2 kali semasa menuruni curam batu bertali dari sayat2 menuju ke penginapan kita, gunting lagadan.. 2 lagi ku tinggalkan sisa ku ketika baru sahaja keluar dari cafe laban rata dan di perjalanan menuju ke timpohon gate... menaiki van dari timpohon gate ke kinabalu park, sekali lagi perut seakan2 meronta dikeluarkan terus isinya... hanya mampu tunduk diam dan berdoa agar tidak sedikitpun keluar semasa di dalam van... sampai sahaja di kinabalu park, toilet jd sasaran... keluar semuanya walaupun dah tinggal angin sahaja... kelegaan terpancar...cuma 3 jam x dapat merasa ke enakkan nasi goreng yang di bekalkan.

  Mohd Subha Salleh: food poisoning. bangun jam 1.45am sendawa rasa gas(dah boleh rasa something is wrong with my stomach) xmkn apa2 hanya minum air masak. start mendaki 2.30am. lps naik tangga dalam 10 min terus rasa nak muntah n muntah di tepi tangga. Semua mknn hbs keluar termasuk yg semalamnya...nasib baik ada Mohd Jamhari Mohd Rafiee yang sudi offer air masak

GUNUNG BUJANG MELAKA, KAMPAR, PERAK 21-22 Sept 2013

Mungkin kawan masih sengal2 betis atau terlalu teruja untuk persiapan Kinabalu, maka tidak ramai yang merakam refleksi Gunung Bujang Melaka. Seeloknya menulis bila pengalaman itu masih segar. Jika dibiarkan, banyak perincian terlepas pandang. Oleh itu, biarlah saya rakam pelajaran yang saya kutip di Bujang Melaka. Mula2 sekali saya mahu panjatkan syukur kerana anugerah nikmat2 yang saya ambil mudah selama ini.

 a) Nikmat menggenggam secawan milo panas jam 1 pagi setelah saya dikejutkan oleh dingin malam yang menggigit tulang. Terimakasih En Hamid kerana menjerang air dan membacuh milo untuk saya. Lain kali, saya bawa sleeping bag dan selimut tebal.

 b) Kordial larut dalam air sungai dingin memang secebis syurga yang jatuh ke bumi.

 c) Saya selalu berfikir, apa rasanya tidur dalam buai macam bayi. Saya pernah cuba masuk buai anak saya. Besi buai itu bengkok. Hi hi hi. Tetapi mencuba hammock Din Air Batu, sedikit sebanyak memberi nikmat yang sama. Rasanya seolah-olah tidur diudara. Kalau ada orang hayunkan perlahan sambil mendendang lagu Ahmad Jais lagi seru.

 d) Mandi sungai! Kita berhenti sebenarnya untuk rehat makan tengahari tetapi saya lupa semua itu. Saya terus salin pakaian dan terjun masuk air. Inilah peluang yg saya tunggu selama ni. Peluang menguji GoPro dalam air. Cahaya suria dalam air menghasilkan sinar berbelang-belang. Orang tidak kacak pun nampak kacak bila ditangkap gambarnya dalam air. Heaven. Sekian.

Video Eksklusif mandi sungai.
 


Video keseluruhan pendakian


CATATAN PENDAKI
Ruziah Rahman: bagi kak gee gunung bujang melaka tak sehebat gunung nuang...tapi yang penting kerjasama dari semua pendaki yang tak jemu untuk menunggu pendaki wanita yang sentiasa bersopan santun turun dari gunung dengan muatan barang yang tak seimbang dengan badan yang comel cute...

Melody Teratai: Pengalaman saya di Bujang Melaka adalah sesuatu yang saya tunggu dan nantikan selama ini untuk mendaki bersama sahabat-sahabat UTM.. maafkan saya andai ayat seterusnya mungkin membuatkan anda akan kata - eleh kau tak pi kinabalu nak cakap lebih2.. hehehe maafkan saya ye... 1) Berkhemah- selalunya kita mendaki balik hari tidak berpeluang berkhemah, ketika berkhemah inilah kita dapat berbual lebih mesra, mengenali sahabat2 kita, ketika berkhemah inilah kita akan dapat temani kawan2 kalau nak pi buang hajat (hehehhe) time berkhemah inilah kita dapat terima keburukan kawan2 yang tidur berdengkur.. tak kenal memang tak cinta.. time khemah jugalah kita dapat uji mental kita dalam suasana kelam pekat dan sejuknya malam hari dalam hutan tanpa kita ketahui HATI-HATI ADA YANG MEMERHATI... 2) mUATAN BERAT - muatan berat (sila ke kiri) bak kata mereka (ada road block kat depan)..hehehe ketika inilah kita kenal sape boleh dibuat kawan dan siapa pula bukan tak boleh buat kawan tapi biarlah mereka dengan kekuatan mereka... orang yang hebat akan tunggu sahabat dibelakang..diakui memang adat ditinggalkan bila mendaki atau menuruni gunung bila kita bawa muatan koz pengalaman mengajar saya jangan dihalang mereka koz beg mereka berat juga sama seperti kita.. mereka tak larat nak jalan slow2 follow kita yang slow berbanding kita yang slow tapii masih mampu memikul beban...sokongan sahabat itu penting..dan kerjasama itu juga penting - pernah ke kita terfikir andai kita tinggalkan sahabat di belakang , selamat kah mereka..? atau kita terlalu mementingkan diri sendiri?.. kita cepat jalan kita cepat sampai sampai kita rehat lama....tapi kawan2 yang lambat? jangan salahkan mereka yang lambat? ada sebab Allah swt jadikan manusia pelbagai.. itulah unik manusia.. apa2 pun PEACE NO WAR... Tahniah sebenarnya kita masih mampu bertegur sapa.. Alhamdulillah maknanya kita masuh berupaya menerima kelebihan dan kekurangan diri sahabat semua...All the best dan saya doakan kalian sahabat semua 30 staf UTM Insyallah sampai di Puncak KInabalu!! just aim high, think high.. Tips kekuatan mental - 1st imagine it with colour - bentuk signage di puncak kinabalu, then 2nd feel it in your heart and soul, last 3rd touch it with your finger ... Good Luck everyone

Shima Sham: Bujang Melaka! Awesome! 1st time naik lori, 1st time pikul beg anggaran dlm 10 kg.. kalau diikutkan mmg x larat, tp bangga dgn diri sendiri sbb berjaya bawa beg yg berat naik & turun gunung.. Makan nasi lepas penat mendaki & mandi manda mmg sgt menyelerakan.. dah x pandang kiri kanan dah.. sekejap je dh licin.. Air sungai yg kosong mcm x boleh nk minum.. tp bila campur ngan kordial.. sedap pulak.. solat berjemaah dalam hutan, ditemani dengan bunyi2an mlm, membuat diri ni terasa sgt kecil.. (semoga Allah mengampuni dosa2 kita).. awal pagi mendaki ke puncak.. mmg agak saspen sbb manalah tahu ada yg melingkar kat atas kepala.. tp alhamdulillah.. segalanya dipermudahkan.. kesejukan di puncak - dpt pulak minum air milo panas.. fuhhh... turun agak ok sbb x mendaki, beg masih sama berat.. tp bila jalan slow2 dgn geng2 lain, x la terasa sgt.. sbb tu penting utk kita jln bersama.. sbb bila kita berehat (take 5), ada2 je senda gurau dari kwn2 yg boleh buat kita tersenyum.. singgah mandi air terjun mmg best.. tp syg sy x pandai berenang.. x dinafikan mmg betis & peha sakit.. sy terus buat refleksologi kaki & alhamdulillah sakit kaki cuma sehari je.. Mudah2an xpdc ke Kinabalu nnt dipermudahkan juga..

Hatta Mhs: Pendakian gng Bujang Melaka boleh dikatakan santai. Tidak mengejar masa kerana akan bermalam di Kem Lebah. Cabaran bg saya kerana sudah lama tidak bmlm dihutan. Terakhir 12 thn lps di Mersing. Saya akui beg yang dibawa kecil ttp ada beg tambahan utk bw supply SOS spt balang msk air, gas, beras, kentang & fish cake. Makan xde mslh sbb jenis x mkn banyak. Melepaskn hajat besar ditunda hingga sampai ke kaki gng [nasib baik bole bertahan..] Saya setuju berehat antara pendakian tidak perlu lama. 5minit memadai.. Kenangan lain, sempat berendam di air terjun kaki gng & hampir digigit pacat di tangan. Semoga dipermudahkan pendakian finale di Gng Kinabalu nanti!

Ag Hamdan: Ini kali kedua saya mendaki Bujang Melaka. Kebiasaan saya mendaki dan berkhemah akan masak bersama -sama .Namun kali ini semua pendaki menunggu makanan siap. jika masak Sudah tentu kita akan merasai masakan yang berbeza dari kumpulan lain. Perjalanan tidak sesukar nuang dan belumut. saya tidur seorang diri di dalam khemah pada malam itu. terjaga pada jam 1 dan seterusnya jam 3 pagi. suasana sunyi. Pada awal pagi bangun dan mendaki ke puncak. suasana pagi seperti lampu jalan sepanjang 1 km di celah pokok. sampai sekitar jam 6.40 am dan solat subuh. Kejadian En beni jatuh amat merisaukan kerana saya, en azman saya berada di kawasan itu. secepat pantas azman dan saya mengambil tindakan .azman menghulurkan tangan kanan ke beni dan saya menarik tangan kiri azman penuh tenaga dan kangkang tak ingat. Pada masa ini saya hanya berserah pada tuhan agar semua selamat. Sepanjang perjalanan kita akan jumpa water point. Pacat tak gigit langsung ( bagus guna krim serasi yg panas tur) dah cuba 2 gunung pacat tak gigit. Pengisian oleh Nc amat baik dan jika kita dapat gunakan masa itu untuk menyatakan pengalaman semua peserta amat baik. semoga team ini berjaya menawan puncak kinabalu hendaknya.

 Zulkifli Ahmad: Mendaki Gunung Bujang Melaka yang namanya masih menjadi misteri sehingga la nie....Pengalaman mendaki gunung ni bagi saya tidaklah begitu mencabar berbanding mendaki Gunung Nuang, Selangor. Walaupun perlu membawa beban berat, pendakiannya agak santai juga. Ditambah pula pengalaman bermalam/berkhemah di kawasan hutan gunung yang dah lama tak buat... Mungkin pendakian ini sedikit santai sebab tidak perlu terus mendaki ke puncak sebagaimana gunung-gunung sebelum ini. Pengalaman mendaki gunung terakhir bersama rakan-rakan sebelum ke Gunung Kinabalu amat bermakna dan terasa bertambah keakrabannya ditambah pula dengan kehadiran YBhg. NC yang senantiasa memberikan nasihat dan kata-kata semangat untuk menjadi insan yang lebih baik dan bermanafaat kepada semua. Akan sentiasa merindui saat-saat mendaki bersama rakan-rakan semua. Semoga akan kesinambungannya. InsyaAllah.

Gopal Ambiga: Last camping was 20 Mei 1989….masa itu group tapi kena tidur berseorangan dlm hutan, yang menemani hanya doa dan bulan purnama. Gunung Bujang was beautiful…a complete package (people, food, nature, etc.) menghayati segalanya. The most heart touching moment…sharing VCs nasi lemak…walaupun bbr kali menolak mengatakan sy ada roti insisted I have some. Thank u for u r kindness Prof Wahid Omar Overall was a good experience.

 Amyrudin Mohamad: Secebis Coretan disini....Gunung Bujang Melaka sekali lagi memberikan satu cabaran baru. Pengalaman yang mendebarkan masih teringat2 lagi saat kawan kita terperosok masuk dalam gaung...memang tak dapat digambarkan betapa cemasnya andai sesuatu yang tak di ingini berlaku..alhamdulillah beni masih lagi bersama kita....kredit kepada kawan2 semua yang bersama membantu membuat rantaian manusia.

Azizul Azman: Pendakian ke Gunung Bujang Melaka umpama peluang kedua saya dalam kumpulan ini. Terima kasih kepada yang memberikan kepercayaan ini. Cuba untuk membantu rakan-rakan yang bertanya berkaitan packing beg, cara pikul beg bila ada bebanan yang berat hasil daripada tunjuk ajar kawan-kawan sejak menceburkan diri dalam bidang ini. Cuba merakam perkara menarik yang ada di sepanjang jalan dan cuba juga untuk membantu rakan-rakan dibelakang dan telah menyediakan ruang di dalam beg jika ada kawan-kawan yang tak mampu nak pikul beban yang dibawa. Biasanya kalau mendaki saya akan bawa First Aid, 3 liter air dalam water bag@bladder, coklat 'awan sembilan' @ cloud9, jeli gula atau kami gelarnya jeli 'nipple' untuk menggantikan gula dalam darah terutama apabila hanya minum air sungai sahaja. Teknik berbual dengan kawan-kawan sewaktu berjalan dirasakan berkesan sehingga ada kawa-kawan yang merasakan berjalan selama 2 jam macam takde apa je. kadang-kadang sewaktu mendaki saya akan menyanyi dengan kawan-kawan bagi memberikan motivasi kepada rakan-rakan yang dirasakan 'mental'. Sampai sahaja di camp site, kami segera memasang flysheet dan membentangkan groundsheet untuk tempat tidur kami dan membantu memasang khemah-khemah yang dibawa. Kami dapat tempat tidur yang berhampiran dengan tempat manusia yang kurang bertamadun 'chiron' @ buang air besar. Cuba menutup dengan tanah kawasan tersebut dengan rakan-rakan sekurang-kurangnya hilang sikit bau yg terhasil. Untuk ke Water point, peserta perlu menuruni kawasan rendah yang telah disiapkan dengan tali untuk memudahkan turun naik. Waterpoint yang sangat menarik kerana ada kawasan 'kolam puteri' bagi kawasan sedikit tertutup untuk keselesaan peserta. Sempat jugala 'shishi'@ buang air kecil dan 'chiron' kat kawasan yang dirasakan strategik dan tak mengganggu makhluk sekitar berbekalkan parang, baby wipe dan sebotol air. Kawan-kawan ada nasihat agar kalau nak buang air di kawasan seperti tu perlu baca "SALAMUN 'ALA SULAIMAN FIL 'ALAMIN' kerana menurut sirah jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Tidur malam di Gunung Bujang Melaka agak sejuk, nasib baik ada bawa Sleeping bag dan sleeping mat untuk tidur, sempatla tidur dalam keadaan berpeluh walaupun pakai tshirt je dalam sleeping bag. Pendakian yang bermula lebih kurang pukul 4.40 pagi agak mencabar kerana terpaksa menempuh beberapa puncak tipu yang akan membuatkan para pendaki tertanya-tanya masa untuk sampai ke puncak. Solat subuh di puncak dengan kawasan yang terhad dan tidak rata agak mencabar mental. Untuk turun ke bawah dari camp site, kawan-kawan ada menasihatkan untuk packing bag sebaik mungkin kerana jika tersalah packing akan menyebabkan susah untuk mengawal pergerakan, sakit pinggang dan bahu. Tips yang diberikan ialah cuba pastikan beg boleh berdiri dengan sendiri apabila diletakkan di atas tanah. Insya Allah akan kurang sakit dan mudah untuk kawal pergerakan.

Jumaat, September 20, 2013

JBWRF

Ini draft report JBWRF. Aku cuba jadi objektif tanpa emosi.
..........

1. 27 booths were opened. Mostly by independent publishers. There were two second hand book sellers. 

2. The only mainstream publisher involved was ITBM (Institut Terjemahan Buku Malaysia). It opened a booth and sponsored some banners for the event.

3. Rough estimate of the attendance throughout the event is 4000 people. There were visitors that came all the way from Kuala Lumpur and Seremban.

4. This year, we intersperse book talks with musical performances. People really enjoyed the stage sessions.

5. The venue is appropriate. Large enough space and windy. The scenery of the marina and the sunset are awesome.

6. In general we have positive feedbacks from the publishers and visitors. They are looking forward to next year, JBWRF2014. 

7. Other Matters
a. At noon on the second day, a car belonging Nurul Asyikin Abdul Hamid of Selut Press was broke into at the car park of Danga Bay Marina Club. A bag containing a laptop and sms cash was stolen. Police report was made.

b. A poet chalked a poem on the floor of Danga Bay Marina Club. It was later deleted and washed off.

Maskara Shorties
1. 97 tickets were sold.
2. The event ran from 9.30 to 12.15.
3. Positive feedback. Mainly on the selection of films. The most striking theme is out adventure genre.

Selasa, Ogos 27, 2013

GUNUNG NUANG, HULU LANGAT, SELANGOR 23-25 OGOS 2013




Saya sengaja pilih instrumental spa ambient muzik untuk video ini. Biasanya orang pakai lagu upbeat tetapi emosi saya masa mendaki Nuang adalah ketenangan. Tenang dan melankolik. Penat, tapi tenang dan melankolik. Nak upbeat sangat pun menipu je lebih, otaimer daki gunung mana ada laju. Slow and steady je. Layan scenery.


Mmm... ada apa dengan Nuang?

1. Saya baru tahu bahawa pacat boleh menembusi stokin. Bila saya tanggalkan stokin, darah banyak mengalir. Ingatkan cedera parah yang saya tidak sedar, rupanya cuma pacat. Mungkin, kita boleh patenkan krim tembakau yang disapu di kulit untuk halang gigitan pacat. Pacat mengigit ke? Dia ada gigi? Siapa tahu, sila beri pencerahan.

2. Pepatah Inggeris ada berkata, kawan baik wanita adalah intan berlian tetapi kawan baik lelaki adalah anjing. Kasihan lelaki, kawan baiknya tidak mahal. Sesiapa yang sampai ke puncak Nuang pasti ingat dua ekor anjing penunggu gunung itu. Malah ada antara kita yang bagi anjing itu makan dan minum. Kita namakan dia, Bobby dan Lassie. Anjing ini setia mengikut kita sampai ke kaki gunung. Mungkin kita boleh andaikan anjing ini mengikut kita kerana makanan tetapi tidak dalam kes Bobby dan Lassie. Mereka tidak hiraukan bbq ayam yang dipanggang oleh orang-orang muda di Kem Lolo. Mereka terus sahaja setia dengan kita. Untuk gadis-gadis yang selalu dikecewakan cinta, saya akan nasihatkan carilah lelaki sesetia anjing. Bukan sesetia intan berlian yang mahal itu.

3. Betapa positif pun pemikiran seorang pendaki, mesti ada satu masa terdetik di dalam hati, "bila la nak sampai?" Semasa menuruni Nuang, kami ternampak cahaya kuning di kejauhan celah-celah pokok. Dalam hati saya tersenyum, "pastinya itu cahaya rumah-rumah di Kg Pangsun. Kita sudah dekat sampai." Anehnya cahaya itu tidak semakin mendekat tetapi semakin meninggi. Kemudian baru saya sedar, cahaya itu adalah cahaya bulan sedang terbit, bukan cahaya lampu rumah. Dan bulan tersenyum melihat saya. :-)
CATATAN PENDAKI
Ghazali Bunari Cabaran fizikal dan mental telah kita lalui. Ujian spiritual dan belajar utk redho dengan takdir akan kita tempuh. Plan B, saya dah rancang Disember ikut group OPC ke Gopeng untuk caving, rafting and tubing. Kalau tidak ke Kinabalu, itu akan ubat hati yang kecewa. Ada tempat kosong lagi. Yok.
Melody Teratai Assalammualaikum.. meskipun Gunung Nuang adalah perpisahan buat kita, namun andai tidak terpilih sekalipun hubungan erat tetap masih boleh dieratkan lagi...malahan keakraban yang ada harus dikekalkan bukan setakat semata2 bertujuan untuk terpilih menyertai Kinabalu.. Tepuk dada tanya iman apakah tujuan anda menyertai team ini untuk networking persahabatan atau semata2 mengambil peluang merebut pakej lengkap ditaja UTM mendaki Kinabalu? jika option merebut peluang maka kita rugi.. sebaliknya Networkinglah yang terbaik.. menambah kenalan dan persahabatan kerana jarang sekali kita dapat bertemu kerana unit jauh2. Dalam team inilah kita dapat bertemu dan berkenalan serta bersahabat.. bersahabat pula jangan sesekali memilih sekadar sama level atau pangkat jawatan.. itu lagi merugikan.. meski tidak terpilih kita harus kekal bersama mereka menjalani latihan sebagai tanda sokongan dan dorongan.. Silaturrahim jangan sesekali diputuskan...
RALAT "Gunung Semangkok yang terletak di Kuala kubu Baharu, Selangor mempunyai ketinggian setinggi 1,824 meter." (Wiki) "Mount Nuang (Malay: Gunung Nuang) is located in Malaysia with the height of 1,493 metres (4,898 ft). Its peak borders Pahang dan Selangor state. The mountain itself is the highest point in Selangor" (Wiki) Nampaknya, banyak laman web salah maklumat mengatakan Nuang tertinggi di Selangor. Maklumat di pintu masuk Nuang pun salah la gitu. Kita pun tersalah daki gunung ni. Okay, kita kena daki Semangkok pulak.


Jumaat, Ogos 23, 2013

GUNUNG NUANG

Gunung Nuang 1493 m (4899 kaki) terletak di daerah Hulu Langat, Selangor. Gunung ini juga bersempadanan dengan negeri Pahang. Gunung Nuang merupakan puncak tertinggi bagi seluruh negeri Selangor. Nanti balik dari Gunung Nuang gua sambung cerita.

Selasa, Ogos 20, 2013

JBWRF 2013

-------------------- 2013----------------------



JOIN #JBWRF FB EVENT FOR UPDATES: Click HERE.

2013





JB Writers & Readers Festival
14-15 Sept 2013
Location: Danga Bay, JB & Bkt Timbalan
Book Sale. Talks by Publishers and Writers. T-Shirts. Music. Urban Sketchers Johor.


JBWRF

The JB Readers and Writers Festival celebrates and promotes literacy in Johor Bahru. It aims to provide an avenue for the growth of a community of writers and readers in Johor Bahru. It welcomes novelists, poets, journalists, bloggers and all book lovers. It connects readers of all ages to ideas that enlighten, engage, and entertain. Free of charge.



The Festival will feature various sharing and discussion sessions throughout the day, each focusing on the various facets and genres of reading and writing, including literature, social media and non-fiction. A community of writers, booksellers, publishers and avid readers will meet and greet each other. Among others, publishers that participate in this festival are Sindiket Sol-jah, Anai-anai Studio, FIXI, Sang Freud Press, Lejen Press, and Institut Terjemahan Buku Malaysia.


Featured Writers: Amir Muhammad (120 Malay Movies, Rojak), Pipiyapong Abdillah (Kacip, Cewah, Kawah), Chong Keat Aun, and Sharifah Hamzah from Singapore (Kampung Memories - A Life's Journey Revisted).


Tentative Schedule (Still planning)

14 Sept 2013 Saturday

Morning 
08.00 Urban Sketchers - Johor
10.00 Sindiket Sol-Jah,  Studio Anai-anai
11.00 Grazy Grizzly*, Pocket Press, Moque 
Afternoon
12.00 Biji Press, SuaraSuara
01.00 Rest
02.00 Hafiedzul*, Rabak Lit, Terfaktab Media
03.00 Ilmu Gemilang, Chong Keat Aun 
04.00 Axela*, Lejen Press, Fixi
05.00 Dubook Press, Neon Terbit
06.00 ZFilms Production : Malaysia Nomad
07.00 Rehat
08.00 Agas
09.00 INC*ITBM
10.00 Maskara Shorties (Short Film Marathon at Bkt Timbalan)

15 Sept 2013 Sunday

Morning
10.00 Sticky Box, Niya Adriane
11.00 Open Mic*, Sharifah Hamzah
Afternoon
12.00 Wave
01.00 Rest
02.00 Akeem Keroncong*, Zine Tiga Suku, Zine Satu Malam
03.00 Seni Suri Jawi , Merpati Jingga

04.00 Kolumpo*, ITBM
05.00 Press SeLut , Sang Freud Press 
06.00 Publisher Forum
07.00 Rest
Evening
08.00 Buku 5
09.00 Perimeter Breach*, Gobok Buku
10.00 Seakan Bintang*, Agas

Closing


*Sesi Halwa Telinga




URBAN SKETCHERS

Urban sketchers draw on location, indoors or out, capturing what they see from direct observation. Their drawings tell the story of the surroundings, the places they have travelled. Their drawings are a record of time and place. They use any kind of media and cherish individual styles. Bring your own drawing tools, join them as they do Danga Bay. Free of charge.

Publishers Taking Part

  1. Sindiket Sol-jah
  2. Studio Anai-anai
  3. Dubook Press
  4. Ilmu Gemilang
  5. ITBM
  6. Rabak-Lit
  7. Lejen Press
  8. FIXI
  9. Neon Terbit
  10. Pocket Press
  11. Moque Press
  12. Agas
  13. SeLut Press
  14. Sang Freud Press
  15. Merpati Jingga
  16. Terfaktab Media
  17. Buku Lima
  18. Suara Suara
  19. Biji Press
  20. TigaSuku
  21. Seni Suri Jawi
  22. Zine Satu Malam
...........
Official Merchandise by
STICKYBOX

BONUS FEATURE BY AGAS & GOBOK BUKU
Event : PANGGUNG PUNGGOK PERDANA @IMIC MalaysiaDate: 14th September 2013 (Saturday)Venue: Iskandar Malaysia Information Centre (IMIC), Danga Bay, Johor Bahru, JohorTime : 10.00am - 4.00pm
Tentative : 10.15am – 10.45am :Talk by Azharr Rudin (Director of Tukang Perahu Pulau Duyong)
10.45am – 12.00nn:Film Screening 1Tukang Perahu Pulau Duyong – Directed by Azharr Rudin
12.00nn - 1.00pm : Lunch break
1.00pm – 2.30pmCINEMA IN A BOTTLE (a century and a little bit more of wayang): Talk by Hassan Muthalib(Animation Director, Director, TV Producer, Writer, film analyst) 
2.30pm - 3.45pm: Film Screening 2Jalan Pintas – Directed by Nam Ron
3.45pm - 4.00pm : Dismiss and wrap


Maskara Shorties. Short Film Marathon.
9pm 14 Sept 2013. At Bukit Timbalan, Johor Bahru


Film List to Date


  1. Across the Straits - Tan Ai Leng (Singapore). Two young friends with troubled relationship with their parents find comfort in each other..
  2. Destroy - Faizul Omar (Johor Bahru). This film combines computer graphic imagery and realism to portray a bleak future of the world.
  3. Pak Maon Reloaded - Rizal Gunx (Kuala Lipis) . This film gives tribute to Nasib Do Re Mi by reenacting scenes from that film with a modern twist.
  4. Pemandu Pelencong - Tok Rimau (Johor Bahru) . A tour guide gives a jungle hiking guide to a group of city slickers . 
  5. Going Home - Derick Chew (Singapore). This film tells a story of a boy and girl who meet on a train and discover they got something in common that anchor them to the past.
  6. Suweyy  - Cabi (Johor Bahru). This is a story of young man who runs out of luck.
  7. Bukit Pasir - Johnny Nepp dan Pert Doherty (Johor Bahru). This film addresses the future of litter bugs. 
  8. Satu Kata -  Rico Anthony (Surabaya) . This is a tale of a boy who wants to be a chef but the father prohibits.
  9. Journey to the West - Nas Plague (Johor Bahru) . This film documents a journey of a Johorean backpacking crossing the Himalaya toward New Delhi.
  10. Jiwa Suci - Dean Sham (Kuala Lumpur) . A band is searching for a legendary guitarist in the rural area but they have never heard of his music.
  11. Petualang - Dea Ishak (Kuala Lumpur) This is a story of two friends who leave their town to find a new life.
  12. Merentas Dunia Artik Zahariz Khuzaimah (Kuala Lumpur) This film documents a nomad's adventure cycling through the Arctic. 
  13. Orang Asli: On the Border - Karolina Baltulyte (Lithuania), This film takes us on a tour to Orang Laut community.
  14. Zeitgeist- Atta Idrawani (Skudai). This film deals with the need to record history. 







    Across The Straits - Tan Ai Leng







    T-shirt price will be announced later. ForT-Shirt order,  E-mail to sallehrazak90 [at] gmail [dot] com . 










    JOIN #JBWRF FB EVENT FOR UPDATES: Click HERE.

    69 Hujan dan Lumpur

    Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...